the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jentera GRS siap sedia hadapi PRN Sabah ke-17 – Hajiji

TUARAN: Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata bagi mempersiapkan jentera menghadapi PRN itu, GRS telah menganjurkan beberapa siri kursus di setiap kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai usaha memantapkan gerak kerja di peringkat akar umbi.

“Apa yang jelas, GRS sudah bersedia. Kita telah menubuhkan jentera pilihan raya dan mengadakan beberapa siri kursus untuk menghadapi pilihan raya.

“Bagaimanapun, soal pembahagian kerusi masih belum dibincangkan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan ibadah korban peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai serta Ketua Polis Daerah Tuaran Supt Noraidin Ag Maidin.

Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 Nov ini, selepas penggal tersebut bermula pada persidangan pertama dan pembukaan rasmi DUN Sabah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Nov 2020, selepas PRN Sabah Ke-16.

Pembubaran itu bakal membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 diadakan.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang, Hajiji berkata GRS bersikap terbuka untuk berbincang dengan pimpinan parti berkenaan.

“Kali terakhir saya bertemu Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) adalah sebelum bulan puasa. Ada beberapa perkara politik yang dibincangkan, namun setakat ini belum ada perbincangan lanjut mengenai kerjasama dan sebagainya.

“Tiada masalah untuk kita berjumpa. Saya amat menghormati semua rakan-rakan, terutama Pengerusi BN. Kita amat terbuka dalam hal ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, sebagai Pengerusi GRS, segala perkara melibatkan parti, termasuk kerjasama menghadapi PRN Sabah Ke-17, perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama Ahli Majlis Tertinggi GRS sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings