the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKM Kelantan sediakan khidmat sokongan psikologi kepada lebih 45,000 mangsa banjir

KOTA BHARU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan menyediakan perkhidmatan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada 45,892 mangsa yang terkesan dengan bencana banjir di Kelantan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) tahun lepas.

Pengarah JKM Kelantan Said Sidup berkata mangsa banjir tersebut melibatkan 7,886 mangsa banjir bagi gelombang pertama pada November manakala 38,006 mangsa semasa gelombang kedua, Disember lepas.

“JKM selaku satu daripada agensi di bawah agensi bantuan dan pemulihan dipertanggungjawab untuk menguruskan kesemua PPS yang dibuka.

“Selain menguruskan pusat pemindahan, pakaian, makanan dan keperluan asas, JKM juga menyediakan perkhidmatan Intervensi Krisis dan Sokongan Psikologi (IKSP) kepada mangsa yang terkesan dengan bencana banjir ini,“ katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya IKSP tersebut dikelolakan oleh Pegawai Psikologi dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling JKM.

Said berkata antara perkhidmatan melalui IKSP adalah Kaunseling Krisis, Pertolongan Cemas Psikologi (PFA), Intervensi Krisis atau Jangka Pendek, Sesi Kelompok Sokongan, aktiviti Psikopendidikan (ceramah), aktiviti Psikoterapi dan Taklimat (Petugas Bencana).

“Seramai 13 pegawai dan penolong pegawai psikologi di JKM Kelantan dengan dibantu oleh sukarelawan Pasukan Sokongan Psikologi (PST) telah ditugaskan untuk menyantuni mangsa bencana di PPS dengan menawarkan perkhidmatan IKSP ini.

“Mereka menjalankan saringan keperluan intervensi secara manual menggunakan Kit Krisis JKM yang diagihkan kepada setiap keluarga di PPS atau secara dalam talian menggunakan ‘google form’ dan keputusan saringan akan terus dinilai oleh pegawai psikologi,“ katanya.

Menurutnya saringan itu bertujuan mengenal pasti mangsa yang terkesan teruk secara psikologi akibat bencana dan akan diberikan intervensi segera jika mangsa menunjukkan keputusan simptom trauma yang teruk. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings