the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Johor isi kekosongan jawatan kritikal di tiga hospital utama

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju mengenai keperluan segera mengisi kekosongan jawatan kritikal serta menaik taraf kemudahan di tiga hospital utama negeri ini. Langkah ini bertujuan memperkukuh infrastruktur kesihatan dan kebajikan petugas barisan hadapan.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keputusan itu dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Putrajaya. Fokus utama ialah mempertingkat operasi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Kulai.

“Selain itu, Hospital Pasir Gudang (HPG) dan Klinik Kesihatan Cendana akan diperkukuh dari segi tenaga kerja dan peralatan sebelum beroperasi awal tahun depan,“ katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang. Onn Hafiz turut mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail atas prihatinnya terhadap kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek kesihatan.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri dan KKM dalam memastikan akses rawatan yang adil dan berkualiti untuk rakyat.

Isu kekurangan tenaga kerja kesihatan di Johor sebelum ini mendedahkan nisbah jururawat-pesakit mencecah 1:14, jauh melebihi standard ideal 1:6. Keadaan ini memberi tekanan besar kepada petugas dan menjejaskan kualiti perkhidmatan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings