BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini semalam.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri itu bermula pada 10 malam dan berakhir empat jam kemudian.

“Daripada 455 kenderaan diperiksa, sebanyak 106 telah diambil tindakan dengan 166 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.

“JAS pula mengeluarkan tiga notis arahan pemeriksaan dan dua kompaun,“ menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan operasi berkenaan bertujuan mendisiplinkan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya supaya patuh terhadap peraturan serta undang-undang jalan raya.

Menurut JPJ Pulau Pinang, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, di samping meningkatkan tahap persepsi akan ditangkap (POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya. - Bernama

Clickable Image
Clickable Image
Clickable Image