the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JSJK terima 19 laporan berkaitan tawaran kerja palsu menerusi lynxoasis.com

KUALA LUMPUR: Polis menerima 19 laporan di seluruh negara berkaitan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan palsu melalui laman sesawang ‘lynxoasis.com’ dengan melibatkan nilai kerugian RM688,099.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam kenyataan hari ini berkata hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan menggunakan platform media sosial Instagram dan Facebook untuk mengiklankan tawaran pekerjaan sambilan selaku ejen tempahan hotel.

Beliau berkata mangsa yang berminat akan diminta membuka akaun menerusi laman lynxoasis.com dan menyelesaikan tugasan tempahan hotel sebagaimana diarahkan.

“Tempahan perlu dibuat menggunakan wang mangsa terlebih dahulu dengan jaminan ia akan dipulangkan semula berserta komisen dan mangsa dijanjikan komisen sebanyak 0.6 hingga 10 peratus bergantung kepada tugasan yang diselesaikan.

“Melalui laman sesawang itu, mangsa akan dapat melihat wang komisen mereka meningkat, namun apabila ingin mengeluarkan wang keuntungan, sindiket akan mengarahkan mangsa membuat pelbagai bayaran tambahan,” katanya.

Menurut Ramli, sindiket juga dikesan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp disyaki menyasarkan mangsa dalam kalangan warga emas dan daripada 19 laporan polis yang diterima setakat ini, tiga daripadanya dalam kategori warga emas dengan kerugian dicatatkan berjumlah RM269,237.

Sementara itu, JSJK turut mengesan dua aplikasi jual beli dalam talian iaitu ‘DobeMall’ dan ‘DoBeVil’ disyaki aplikasi penipuan, dengan modus operandi sama iaitu mangsa dapat melihat wang komisen meningkat namun apabila ingin mengeluarkan wang, mangsa akan dikenakan pelbagai bayaran tambahan.

Ramli berkata setakat ini dua laporan polis diterima berkaitan aplikasi terbabit masing-masing di Selangor dan Sarawak melibatkan nilai kerugian RM540,600.

“Dalam kes di Selangor, mangsa ditawarkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui rakan maya yang dikenali melalui TikTok manakala di Sarawak, mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi ini setelah menekan pautan iklan tawaran kerja yang dipaparkan menerusi Facebook.

“Setelah memasang aplikasi itu, mangsa diarahkan untuk menggunakan aplikasi itu untuk membuat pembelian barang yang ditentukan dengan jaminan akan memperoleh keuntungan daripada setiap pembelian yang dibuat,” katanya sambil menambah kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata semakan lanjut mendapati aplikasi DobeMall masih boleh dimuat turun melalui App Store, namun pihak JSJK akan mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan kandungan bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.

“Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan supaya tidak menjadi mangsa kegiatan penipuan dan hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan menerusi talian 997 untuk sebarang aduan dan nasihat berkenaan jenayah penipuan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings