the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, February 8, 2026
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jurutera rugi RM146,000 terperdaya iklan jualan Volkswagen Kombi di media sosial

KUANTAN: Seorang jurutera kerugian RM146,000 setelah terpedaya dengan iklan jualan sebuah kenderaan import melalui media sosial pada awal bulan ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 38 tahun itu tertarik dengan iklan penjualan kereta jenis Volkswagen Kombi di Facebook yang kononnya dijual pada harga RM146,000 pada 4 Nov lepas.

Beliau berkata mangsa yang berminat dengan tawaran harga tersebut menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan bersetuju untuk membeli empat buah kenderaan jenis itu dengan harga keseluruhan RM146,000.

“Sebanyak 15 transaksi wang ke empat akaun bank berbeza telah dilakukan oleh mangsa menggunakan wang simpanannya. Mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek mengatakan bahawa dia tidak perlu berjumpa untuk mengambil kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran jualan murah dan disarankan supaya masyarakat membuat semakan nombor akaun serta nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my sebelum melakukan sebarang transaksi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories