the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak antara 55 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam serbuan di 27 lokasi berbeza termasuk di sebuah pasar raya terkemuka sekitar Seremban serta Nilai pada Isnin dan Selasa lepas.

Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) Kennith Tan Ai Kiang berkata kesemua tahanan yang berumur antara setahun hingga 51 tahun itu terdiri daripada 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki (Myanmar), 11 lelaki (Bangladesh), dua lelaki (Pakistan) selain dua lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan (Vietnam).

“Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Semasa operasi dijalankan antara lokasi berkenaan, lima lelaki warga Indonesia bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pegawai Imigresen. Namun, kesemuanya dapat diberkas oleh pasukan serbuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua tahanan kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan.

Tan berkata pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang membantu JIMNS dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan pendatang tanpa izin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings