the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) menjalinkan kerjasama strategik dengan badan beruniform secara berperingkat dalam usaha membangunkan industri sukan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, timbalan-timbalan menteri dan ketua-ketua setiausaha kementerian.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan berkata keputusan hari ini dibuat susulan pelaksanaan inisiatif pembangunan bakat dalam kalangan anggota badan beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Inisiatif ini perlu supaya ia seiring dengan keperluan sukan semasa, seterusnya bagi mewujudkan satu ekosistem sukan berprestasi tinggi yang dinamik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mesyuarat juga bersetuju supaya beberapa elemen diberi perhatian seperti bantuan peralatan latihan dan sewaan pusat latihan agar sesi latihan dapat dilakukan secara efisien.

Turut dipersetujui adalah penganjuran kursus kejurulatihan dan sains sukan dalam kalangan pegawai dan anggota beruniform supaya lebih banyak jurulatih dalam kalangan badan beruniform memiliki sijil diiktiraf.

“Penganjuran kejohanan tempatan dan penyertaan kejohanan dalam dan luar negara supaya bakat-bakat ini dapat didedahkan dengan lebih banyak pertandingan di peringkat tempatan serta atarabangsa,“ katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata badan beruniform juga perlu berperanan secara aktif dan memberi fokus kepada beberapa cadangan jenis sukan yang boleh diberi perhatian.

“Pemilihan jenis sukan daripada badan uniform seperti sukan sepak takraw (JBPM dan ATM), karate (ATM), tinju dan ping pong (ATM), angkat berat (JBPM), menembak dan memanah (ATM dan PDRM) turut mendapat perhatian ahli mesyuarat,” katanya.

Beliau berkata anggota unit beruniform lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga akan dimasukkan di bawah program Pembangunan Bakat Sukan Dalam Kalangan Badan Beruniform.

Ahmad Zahid turut menggesa kerjasama bersepadu antara semua pihak termasuk kementerian, jabatan, agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik dalam usaha membangunkan ekosistem sukan demi meletakkan nama Malaysia gah di persada dunia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings