the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISBH – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Kecekapan dan kredibiliti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diyakini dapat menyelesaikan siasatan berkaitan kes-kes yang membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.

Tanpa berkongsi kemas kini terbaharu siasatan kes itu, Saifuddin berkata beliau optimis PDRM akan mengambil kira setiap aspek dan menjalankan siasatan berpandukan empat akta iaitu Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata 1,226 pegawai dan anggota termasuk daripada PDRM, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara, terlibat dalam proses siasatan dan tindakan dalam menanggani kes itu.

Op Global yang dilaksanakan bagi membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GISBH, kini memasuki fasa empat.

Sejak Op Global fasa pertama bermula awal bulan ini, lebih 300 orang termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan dan lapan individu telah dituduh di mahkamah atas 33 pertuduhan.

Pada sidang media kemudiannya Saifuddin berkata sehingga kini 80 kertas siasatan telah dibuka susulan penahanan 359 pengikut GISBH menerusi Op Global di seluruh negara.

“Jadi daripada 80 kertas siasatan yang dibuka, polis dan semua agensi terlibat tentunya mengambil masa untuk melengkapkan dan menyempurnakan (siasatan) sebelum diserahkan kepada AGC (Jabatan Peguam Negara). Sama ada pendakwaan akan dibuat atau sebaliknya – itu kuasa di peringkat AGC,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya di perhimpunan itu Saifuddin berkata 80 peratus daripada 64,000 unit rumah PDRM di seluruh negara adalah layak untuk didiami, manakala lima peratus lagi dengan sedikit pembaikan, boleh dijadikan ia layak untuk didiami, dan unit-unit kediaman yang memerlukan pembaikan kecil ini akan dijadikan keutamaan untuk disegerakan.

“Walaupun peruntukan agak tidak mencukupi untuk menangani semua isu terutama di kawasan kos tinggi seperti di Kuching, Sarawak, tapi hal ini (kuarters) adalah penting, sebab di sana (Kuching), ada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, dan juga anggota lain, mereka terpaksa bayar sewa, ia menjadi beban,” katanya..

Dalam Belanjawan 2023, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan membaik pulih kuarters kediaman serta institusi di bawah KDN termasuk PDRM.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

iQOO 15R Named Official Gaming Phone for 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of...

DONGGUAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 19 June 2026 - iQOO, a smartphone brand built for high-performance mobile gaming experiences, today announced that the iQOO 15R has been named the Official Gaming Phone for the 2026 Asian Games Esports Qualifiers: Honor of Kings.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings