Saturday, November 8, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kelantan sokong semakan undang-undang rogol bawah umur suka sama suka

The Sun Berita

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan cadangan Ketua Polis Kelantan supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap kedua-dua pihak dalam kes rogol bawah umur yang melibatkan hubungan suka sama suka sebagai wajar diteliti.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata adalah tidak adil jika hanya pihak lelaki dipersalahkan dalam perbuatan zina yang dilakukan secara sukarela bersama pihak perempuan.

“Cadangan ini menunjukkan Ketua Polis Kelantan mengambil berat isu berkenaan, dan kita juga memandangnya dengan serius,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim.

Beliau menegaskan dalam hal zina bawah umur secara rela, pihak perempuan juga perlu bertanggungjawab.

“Kalau pihak perempuan dilepaskan begitu sahaja, seolah-olah tiada peringatan kepada mereka sedangkan perbuatan zina itu dipersetujui bersama,” ujarnya.

Mohamed Fadzli membimbangkan kelonggaran ini boleh menyebabkan kes berulang jika tiada tindakan diambil.

Beliau mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji cadangan itu supaya pasangan yang terlibat dapat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Hukuman itu tidak semestinya berbentuk jenayah tetapi lebih kepada pengajaran dan pendidikan kepada kedua-dua pihak,” jelasnya.

Mohamed Fadzli juga berkata dalam kes zina bawah umur, lazimnya pihak lelaki akan berdepan pertuduhan rogol jika berumur melebihi 16 tahun manakala pihak perempuan terlepas.

“Sebab itu, kita berpendirian kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau menekankan Kerajaan negeri menyokong apa yang disebut oleh Ketua Polis Kelantan.

“Ia bukan bermaksud menghukum semata-mata tetapi mendidik agar tindakan tidak hanya dikenakan kepada sebelah pihak,” tambahnya.

Pada Isnin lepas, Mohd Yusoff mencadangkan agar undang-undang sedia ada diteliti semula khususnya dalam kes hubungan seksual bawah umur secara suka sama suka.

Beliau mencadangkan supaya tindakan tidak hanya diambil terhadap pelaku lelaki sebaliknya turut dikenakan ke atas pasangan mereka.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kenyataan Mohd Yusoff itu adalah pandangan peribadi yang lahir daripada kebimbangan terhadap angka dan statistik kes seksual di Kelantan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Adidas reveals largest ever collection ahead of WC 2026

adidas has unveiled the official 2026 FIFA World Cup™ home kits for 22 partner federations, including Argentina, Germany, Italy, Japan, Spain, and more. Each design blends national heritage with modern aesthetics, featuring colours and patterns inspired by iconic kits, architecture, and landscapes. According to adidas, the collection “aims to bridge the gap between every generation of fan,” celebrating a liberated style of play and national pride.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img