the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
30.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemalangan di Gua Musang: Suami isteri maut, dua anak cedera

GUA MUSANG: Seorang anggota tentera bersama isteri maut manakala dua anak mereka cedera dalam kemalangan di Kilometer 43 Jalan Gua Musang-Lojing hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ridwan Effendy Yusof, 43, dan isteri Suhana Khairudin, 37.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut yang berlaku pada 9.35 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu Ridwan Effendy dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Gua Musang sebelum dipercayai hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri lalu merempuh tembok longkang tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu suami isteri berkenaan tercampak keluar dari kenderaan mereka dan meninggal dunia di lokasi kejadian,“ katanya.

Sik berkata kedua-dua anak mereka yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat, Insp Aida di talian 012-4027283 bagi membantu siasatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings