TELUK INTAN: Angka kematian dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini hari ini, meningkat kepada sembilan orang.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi berkata kesemua yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh.

Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.