the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 1, 2025
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemalangan treler muatan kimia di Johor, tangki terjatuh ke laut

JOHOR BAHRU: Dua treler membawa muatan bahan kimia jenis propylene glycol terlibat dalam kemalangan di Jambatan Link 2, KM0.8 Lebuhraya PLUS petang tadi.

Salah satu tangki muatan terjatuh ke laut dalam kejadian itu.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Nurmala Sideli berkata pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.41 petang.

Tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri digerakkan ke lokasi dan tiba pada 5.57 petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan dengan satu daripada muatan treler berupa tangki bahan kimia telah terjatuh dari jambatan ke dalam laut.”

Operasi masih dijalankan ketika ini.

Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan dalam kemalangan ini,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, laman Facebook ‘Both Checkpoint’ telah memuat naik beberapa gambar dan video kejadian tersebut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories