the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas – Dzulkefly

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam kenyataan bersempena dengan Hari Tibi Sedunia hari ini, beliau berkata sebanyak 26,781 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 1,390 atau 5.47 peratus berbanding 25,391 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.

“Penyakit tibi masih menjadi satu daripada beban penyakit utama di Malaysia. Statistik semasa penyakit tibi membimbangkan dan menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia.

“Dengan adanya rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit tibi, usaha bagi mengesan awal dan memulakan rawatan secepat mungkin perlu ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata tibi ialah penyakit berjangkit yang merebak melalui udara disebabkan oleh Mycobacterium tuberculosis dan organ utama yang dijangkiti ialah paru-paru (pulmonary TB), namun organ lain yang boleh mendapat jangkitan ialah otak (meningitis TB), tulang belakang (spinal TB), kelenjar limfa (lymph node TB), perut (abdominal TB) dan lain-lain.

Gejala penyakit tibi adalah seperti batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

“Salah faham berkaitan gejala penyakit tibi adalah disebabkan santau, buatan orang atau penyakit keturunan perlu diperbetul agar individu yang mempunyai gejala penyakit tibi mendapat pemeriksaan dan rawatan awal di klinik kesihatan dan hospital yang berhampiran.

“Mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit tibi seperti pesakit HIV, pesakit buah pinggang kronik, penghidap pulmonari kronik (jenis obstruktif), perokok aktif dan individu yang mempunyai kontak kepada kes tibi juga dinasihatkan untuk melakukan saringan,” katanya.

Dzulkefly berkata rawatan bagi penyakit tibi ialah kombinasi ubat-ubatan antibiotik yang perlu diambil setiap hari selama tidak kurang enam bulan, serta pesakit juga disarankan mematuhi jadual rawatan dan berbincang dengan penyelia rawatan jika menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan ubat.

Pesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), katanya.

“Menjadi inspirasi dan harapan negara agar tibi tidak lagi menjadi penyakit berjangkit dalam masyarakat menjelang 2035, selari dengan ‘Strategi Hentikan Tibi’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

“Untuk ini, komitmen yang tinggi dan kerjasama erat antara individu, masyarakat, serta pelbagai agensi adalah amat perlu,” katanya.

Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun dengan sambutan tahun ini bertemakan “Yes! We Can End TB” atau “Ya, Kita Boleh Hentikan Tibi!”.

Tema itu menyeru sokongan dan komitmen semua individu dan lapisan masyarakat bagi menggembleng usaha, tenaga, kepakaran, inovasi serta meningkatkan pelaburan bagi menghentikan tibi di negara ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings