the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan bantahan awal habeas corpus CEO GISBH dan isteri pada 14 Jan

JOHOR BAHRU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Jan depan bagi keputusan bantahan awal permohonan habeas corpus (penahanan salah) Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH) Sdn Bhd Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya Datin Azura Md Yusof.

Permohonan itu dibuat bagi mencabar penahanan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012).

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak peguam responden dan barisan peguam pemohon.

Responden yang diwakili Peguam Persekutuan Mohamad Firdaus Sadani Ali, Mohd Zain Ibrahim dan Nur Syahidah Mohamad Kamil dalam hujahan bantahan awal terhadap permohonan itu menyifatkan ia sebagai jalan ‘pintu belakang’ untuk membebaskan pemohon dengan menggunakan sistem mahkamah.

Pihak responden berpandangan pemohon sebaliknya perlu melakukan semakan kehakiman atau keadah lain bagi mencabar penahanan mereka, bukan menerusi permohonan habeas corpus.

Barisan peguam pemohon yang diketuai Datuk Rosli Kamaruddin terdiri daripada Najib Zakaria, Boestamam Ahmad, Dorina Abdullah, Hasnan Hamzah, Zaim Rosli, Luqman Zainal, Schanni Feizal, dan Zahier Rosli.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah dua peguam dari Majlis Peguam Malaysia, R.Jayabalan dan Khairul Azwad, yang memantau bagi kepentingan awam.

Hakim sebelum itu telah membatalkan permohonan habeas corpus Pengurus Kafe Ikhwan milik GISBH di Kluang, Mohamad Suhaimi Mohd Sani, 28, selepas ia ditarik balik barisan peguam pemohon, berikutan plaintif telah dibebaskan di bawah jaminan mahkamah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, pada 30 Okt lepas.

Sementara itu Rosli ketika ditemui media di luar Mahkamah berkata, jika permohonan habeas corpus Nasiruddin, 65 dan Azura, 57, melepasi bantahan awal, maka pembelaan akan meneruskan hujahan merit atas permohonan berkenaan.

Beliau berkata permohonan habeas corpus itu mengambil kira isu penting membabitkan bantahan awal iaitu pemfailan permohonan berkenaan dilakukan sehari selepas pertuduhan ke atas pemohon di Mahkamah Sesyen Selayang.

“Ini (permohonan habeas corpus) untuk prosiding di Johor Bahru, Insya-Allah lain-lain permohonan sama akan menyusul termasuk rayuan kepada Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Nasiruddin dan Azura turut bercadang untuk mencabar pertuduhan jenayah terancang yang difailkan di Mahkamah Selayang, namun kes di Mahkamah Selayang belum dipindahkan di Mahkamah Tinggi, masih dalam prosesnya, jadi kami akan buat rayuan selain mencabar pertuduhan itu di mahkamah,“ katanya.

Sebelum ini prosiding permohonan habeas corpus Nasiruddin dan Azura didengar pada 30 Okt lepas, dengan kedua-dua pemohon itu menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pendakwa Raya, Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pada 23 Okt lepas Nasiruddin, Azura dan Suhaimi dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang mengikut Akta 130V (1) di Mahkamah Sesyen Selayang.

Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka dan kesemua 19 individu lain kerana kes itu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan kesemua 13 lelaki dan sembilan wanita berkenaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di 33-B, Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes Rawang, antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings