the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pertimbang tidak libatkan pelajar sekolah dalam PLKN

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal diperkenalkan semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ketetapan mengenai peserta PLKN masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan setakat ini.

“PLKN mungkin tidak akan melibatkan mereka yang masih bersekolah, mungkin selepas (tamat) sekolah. Itu semua kita sedang pertimbangkan dan kita mengambil maklum kebimbangan (ibu bapa) untuk kita menyesuaikannya,“ katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa iaitu Fasa 1 melibatkan pelajar tingkatan empat menerusi sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM) yang mempunyai kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Pelajar tingkatan lima dikecualikan menjalani latihan Fasa 1 untuk memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata program yang berasaskan 80 peratus latihan ketenteraan dan 20 peratus modul kenegaraan itu dijadual dilaksanakan tahun depan.

“Kurikulum untuk kenegaraan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi kerana ia melibatkan elemen perpaduan dan sebagainya, itu kita beri perhatian. Bagi aspek ketenteraan pula memang akan dibuat Kementerian Pertahanan,“ katanya.

Sementara itu ketika menggulung Usul Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Khaled berkata projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) mencatatkan kemajuan semasa 67.57 peratus setakat Januari lepas.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan kapal LCS2 dan LCS3 masing-masing dijangka mencapai 78.17 peratus dan 61.48 peratus menjelang akhir tahun ini.

“…manakala kemajuan kerja bagi LCS4 dan LCS5 masing-masing dijadualkan 53.4 peratus dan 44.1 peratus yang disumbangkan daripada elemen peralatan dan modul blok yang telah dibina,” katanya.

Dalam pada itu menjawab celahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berhubung Majlis Angkatan Tentera tidak perlu mendengar arahan dan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam isu membabitkan penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamed Khaled berkata majlis itu tertakluk kepada arahan pekeliling atau dasar perkhidmatan awam.

Beliau berkata ini kerana di bawah Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan, ATM merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam manakala Perkara 132 (2) (a) menyatakan anggota perkhidmatan awam memegang jawatan selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings