the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerani akaun didakwa pecah amanah lebih RM400,000

GEORGE TOWN: Seorang kerani akaun syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 133 pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah RM445,815 antara 2019 hingga 2021.

Teh Ya Ling, 41, yang ketika itu bekerja dengan syarikat penguji ketulenan emas itu didakwa telah melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang syarikat tersebut antara 18 Okt 2019 sehingga 31 Mei 2021.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di syarikat berkenaan di Jalan Sungai, Daerah Timur Laut di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Lee Jun Keong yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan ikat jamin RM100,000 untuk kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan dokumen perjalanan diserahkan kepada mahkamah.

Namun peguam tertuduh, Teoh Kung Yu memohon mahkamah memberikan jaminan rendah memandangkan anak guamnya hanya berpendapatan RM2,800 sebulan dan mempunyai tanggungan seorang ayah berusia 81 tahun.

Teoh mencadangkan mahkamah agar membenarkan anak guamnya diikat jamin RM20,000 untuk kesemua pertuduhan.

Bagaimanapun, Hakim Sharmila Abdul Samad membenarkan tertuduh diikat jamin RM66,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan mengarahkan dokumen perjalanannya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 9 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings