the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kes salah laku boleh jejas imej KKDW: Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ahmad Zahid, yang juga Menteri kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek integriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu.

Beliau berkata salah laku sedemikian perlu dielak daripada berulang kerana KKDW merupakan sebuah agensi yang dekat dengan rakyat khususnya di luar bandar.

“Hanya kerana nila setitik, persepsi terhadap organisasi akan bertukar menjadi negatif… soal integriti yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di sini hari ini.

Sabtu lepas, media melaporkan mengenai penahanan penolong akauntan Kesedar, sebuah agensi di bawah KKDW, bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.

Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2016 hingga Mei 2023 melibatkan 194 transaksi wang daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat milik suspek yang secara keseluruhan berjumlah RM24,800,189.73.

Memuji pencapaian sejak beliau menerajui kementerian itu tujuh bulan lepas, Ahmad Zahid berkata momentum itu perlu dikekal dan ditambah baik bagi memastikan KKDW antara yang terbaik dalam kalangan semua kementerian.

“Saya berharap saudara dan saudari di KKDW akan terus mengekalkan budaya dan momentum kecemerlangan bagi memastikan KKDW terus cemerlang serta menjadi pemacu perubahan dalam memajukan masyarakat di desa,” katanya.

Bagi melahirkan kakitangan berprestasi tinggi, Ahmad Zahid mahu kakitangan yang cemerlang membantu rakan sekerja yang berprestasi rendah agar mereka boleh mencontohi amalan kerja dan ciri-ciri yang baik dalam menjalankan tugasan masing-masing.

“Pendekatan yang boleh diambil ialah kaedah pementoran serta bimbingan daripada penyelia, ketua jabatan dan pegawai berprestasi tinggi dalam organisasi,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings