the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ketua Pengakap Asia-Pasifik garis 10 keutamaan strategik pengakap

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pengakap Rantau Asia-Pasifik yang baharu Mej Jen Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin telah menggariskan sepuluh keutamaan strategik bagi memperkukuh hala tuju dan keberkesanan pergerakan pengakap di rantau ini untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Antara keutamaan tersebut adalah memperkasakan golongan muda, menginovasi pendidikan, memperkukuh kepelbagaian dan inklusiviti serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan anggota pengakap.

Dr Mohd Zin yang juga Ketua Pengakap Negara turut menekankan kepentingan menghargai sukarelawan, memperkukuh tadbir urus, memperluas capaian, mengadaptasi transformasi digital, memajukan keamanan dan kelestarian serta memastikan pergerakan itu kekal relevan dan berpengaruh.

Beliau menyatakan bahawa kepengakapan perlu menerajui perubahan dan bukan sekadar bergerak selari dengannya.

“Kita mesti memastikan orang muda dipersiapkan untuk menghadapi dunia yang dibentuk oleh kecerdasan buatan, transformasi digital dan cabaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Pengakap Asia-Pasifik ke-28 di Kaohsiung, Taiwan hari ini dan ucapan itu dikongsikan menerusi kenyataan Pengakap Malaysia kepada Bernama.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa pelantikan Dr Mohd Zin sebagai Pengerusi Pengakap Asia-Pasifik merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan Malaysia dalam memperkukuh kepimpinan pengakap pada peringkat antarabangsa.

Persidangan yang dianjurkan oleh General Association of the Scouts of China itu menghimpunkan hampir 400 perwakilan dari 30 negara bagi membincangkan pencapaian dan hala tuju baharu pergerakan pengakap serantau. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings