the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kiosk Sentuhan MADANI pertama dilancar esok

PUTRAJAYA: Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama, iaitu inisiatif terbaharu untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan, akan dilancarkan di pusat beli-belah Alamanda, di sini esok.

Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI Pejabat Perdana Menteri Mohd Khalid Mohamed Latiff berkata kios berkenaan menghimpunkan lebih 90 perkhidmatan kerajaan yang disediakan melalui enam kios agensi dan syarikat berlainan.

Beliau berkata ia melibatkan kios Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.

“Idea di sebalik inisiatif ini adalah untuk mengumpulkan kios agensi kerajaan dan syarikat swasta di satu tempat yang memudahkan akses kepada rakyat.

“Penyediaan kios ini merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu ia dilaksanakan secara cepat dan berkesan,“ katanya kepada pemberita ketika meninjau persiapan Kiosk Sentuhan MADANI di sini hari ini.

Perdana Menteri dijadual melancarkan dan meninjau penyediaan perkhidmatan di kios berkenaan pada 3 petang esok.

Anwar sebelum ini berkata Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kios perkhidmatan kerajaan di kawasan 38 tumpuan seperti di pusat beli-belah supaya rakyat boleh berurusan dengan kerajaan di luar waktu pejabat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings