the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPWKM buka ruang pelajar kaunseling UPSI bantu rakan mangsa nahas bas

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuka ruang kepada pelajar jurusan kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) untuk turut membantu rakan mangsa mereka yang terlibat kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kebanyakan mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital didapati lebih selesa untuk berinteraksi dengan kaunselor sebaya berbanding kaunselor yang disediakan kementerian.

“Kita memang sediakan kaunselor kementerian, namun saya dimaklumkan bahawa ada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kaunseling. Jadi, kita mengambil peluang ini untuk membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu dan pengalaman pembelajaran mereka dalam memberi sokongan kepada rakan-rakan.

“Ada mangsa yang tidak mahu bercakap dengan orang lain, tetapi apabila kawan sendiri datang, mereka terbuka untuk berkongsi. Ini adalah maklum balas yang kami terima daripada petugas kami yang ke sana. Mereka (mangsa) lebih bersedia bercakap dengan pelajar kaunseling dari UPSI,” katanya.

“Ini merupakan pengalaman baharu buat kita, apabila kaunselor yang masih dalam latihan pun mampu memberikan semangat dan sokongan moral kepada rakan-rakan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Wanita Gig and Business In Technology (Gig@BIT) 2025 di sini, hari ini.

Nancy berkata beliau bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, akan menziarahi keluarga mangsa yang terkorban bagi menyampaikan sumbangan dan memberi sokongan yang diperlukan.

“Kita sudah berbincang supaya setiap keluarga diberikan sesi kaunseling mengikut kesesuaian masa dan kesediaan mereka. Kita tidak mahu mengganggu emosi mereka, tetapi kita ingin menyantuni mereka dengan sebaiknya,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut dan 33 orang tercedera apabila bas dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53, JRTB, berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas pelajar universiti berkenaan berlepas dari Jertih, Terengganu pada malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti berkenaan di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings