the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 42,000 tag VEP kenderaan Singapura belum diaktifkan – JPJ

JOHOR BAHRU: Sebanyak 42,416 atau 17.07 peratus tag Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan persendirian individu berdaftar di Singapura belum diaktifkan setakat 29 Jun lepas, meskipun penguatkuasaan penuh sistem itu bermula hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata berdasarkan statistik, sebanyak 248,504 tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP telah dikeluarkan kepada kenderaan persendirian individu, manakala 3,765 lagi kepada kenderaan milik syarikat.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 206,088 atau 82.93 peratus tag bagi kenderaan persendirian individu telah diaktifkan, manakala semua tag bagi kenderaan persendirian syarikat sudah diaktifkan sepenuhnya.

“Jumlah bagi permohonan (pradaftar) kenderaan persendirian syarikat setakat 29 Jun lepas pula sebanyak 19,690,” katanya pada sidang media selepas Operasi Khas Penguatkuasaan VEP berhampiran Bangunan Sultan Iskandar di sini tengah malam tadi.

Beliau berkata penguatkuasaan penuh bermula pada 12.01 tengah malam tadi (1 Julai) melibatkan pemeriksaan terhadap kenderaan Singapura yang tidak mendaftar atau mengaktifkan VEP ketika memasuki Malaysia.

“Sebanyak 55 anggota JPJ digerakkan dalam operasi malam ini, dengan fokus penguatkuasaan tertumpu kepada kenderaan asing yang belum berdaftar VEP. Buat masa ini, saman lain seperti saman JPJ atau polis yang tertunggak masih diberikan kelonggaran,” katanya.

Aedy Fadly berkata fokus utama ketika ini adalah memastikan semua pemilik kenderaan mengaktifkan tag VEP, sebelum JPJ meneruskan penguatkuasaan terhadap saman tertunggak yang dijangka dalam tahun ini.

Pemilik kenderaan Singapura yang gagal mengaktifkan tag akan dikenakan kompaun RM300 mengikut Seksyen 66H(7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sehingga kompaun dijelaskan dan VEP diaktifkan.

“JPJ turut menyediakan unit bergerak di lokasi penguatkuasaan bagi memudahkan pemilik kenderaan menyelesaikan kompaun dan mengaktifkan tag secara serta-merta di lapangan,” katanya.

Penguatkuasaan VEP ketika ini akan dilaksanakan secara berkala di lokasi-lokasi strategik tumpuan kenderaan asing di seluruh negeri Johor, sebelum diperluas ke negeri lain yang menjadi laluan utama kenderaan asing ke Malaysia.

Aedy Fadly menyeru semua pemilik kenderaan berdaftar Singapura untuk segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa memasuki atau keluar dari Malaysia.

“Kita mengalu-alukan kehadiran rakyat Singapura ke negara ini. Umumnya, mereka mematuhi peraturan, cuma masih ada segelintir yang belum mendaftar dan mengaktifkan VEP,” katanya sambil memaklumkan pusat VEP di Danga Bay beroperasi 24 jam bagi memudahkan pemilik kenderaan Singapura mendapatkan dan mengaktifkan tag.

Sementara itu, seorang pekerja swasta dari Singapura, Muhammad Zulhadis Zulkeplie, 37, berkata beliau telah memohon pendaftaran VEP sejak pertengahan Mei, namun masih menunggu pengesahan.

“Saya tahu hari ini penguatkuasaan bermula, tetapi saya beranggapan tiada masalah kerana saya sudah memohon. Nasihat saya kepada rakyat Singapura, ikuti prosedur yang betul dan jika tidak pasti, tanyalah pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui semasa menunggu giliran di Van JPJ Bergerak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings