the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki hilang tiga hari ditemukan maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam longkang di Jalan Kampar-Tapah, berhadapan sebuah kawasan perkuburan di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 1.25 pagi.

“Mayat dijumpai di dalam longkang sedalam 1.2 meter itu bersama dengan motosikal jenis SYM milik lelaki itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat itu, yang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings