the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki jatuh bot ketika sauk kerang ditemukan lemas

BATU KAWAN: Lelaki yang dilaporkan terjatuh daripada bot ketika menyauk kerang di Kilometer 4.2 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini semalam, ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata Ismail Ahmad, 28, ditemukan pada 9.40 pagi berhampiran sangkar ikan Sungai Udang, oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“Kaedah pencarian di permukaan air menemukan mangsa sekitar dua kilometer daripada lokasi dia terjatuh dan mayat dibawa ke Jeti Batu Musang di sini dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi SAR hari ini melibatkan lima bot dengan pencarian dibahagikan kepada empat sektor, dikoordinasikan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan dibantu JBPM, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi disertai 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) daripada Bagan Jermal dan Butterworth serta pasukan bomba sukarela (PBS), ditamatkan pada 11.05 pagi.

Ismail dilaporkan terjatuh daripada bot sekitar 10 pagi semalam, selepas bot dinaikinya melanggar tiang bernombor 274 di jambatan itu. Ketika kejadian, bapa dan rakan mangsa juga berada di lokasi, namun mereka menaiki bot berbeza.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings