• 2025-07-04 10:46 PM

SEREMBAN: Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan insiden membabitkan mangsa berusia 59 tahun itu pada 8.17 malam.

“Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga dan tersangkut di tingkat satu pusat beli-belah itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu di sini malam ini. - Bernama