the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis

SEGAMAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berumur 30 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira pukul 3 petang.

Difahamkan, suspek telah ditahan anggota polis ketika pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki bersama empat rakan lain dan semakan kad pengenalan kesemua individu itu mendapati mereka mempunyai rekod lampau dadah serta jenayah.

“Pemeriksaan lanjut dibuat terhadap badan dan kenderaan yang dinaiki menjumpai pelbagai jenis dadah dan alatan yang disyaki untuk jenayah pecah rumah.

“Semasa proses tangkapan, suspek telah menyogok anggota polis dan memberikan wang rasuah sebanyak RM18,500 dan meminta untuk tidak ditangkap,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings