the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin

KUANTAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.15 malam dan 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi serta Kuala Rompin digegaskan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku ketika sebuah kereta Proton Wira Aeroback dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari Rompin ke Nenasi manakala MPV Nissan Grand Livina bergerak dari Nenasi ke Rompin.

“Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki oleh lima mangsa iaitu lelaki dan wanita dewasa serta masing-masing kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata dua lagi mangsa yang menaiki Nissan Grand Livina mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut akan dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata identiti kesemua mangsa masih dalam siasatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories