the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia catat kemajuan ketara dalam kebajikan dah hak pekerja – Sim

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kemajuan ketara dalam memperkukuh kebajikan dan hak pekerja sepanjang tahun lepas, dengan kadar pengangguran negara menurun kepada paras terendah dalam tempoh 10 tahun, iaitu 3.1 peratus, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Bercakap pada Mesyuarat Menteri Sumber Manusia APEC (HRDMM) di Jeju, Korea, Sim menekankan beberapa pembaharuan utama termasuk kenaikan 13 peratus gaji minimum negara dan peningkatan 20 peratus dalam faedah keselamatan sosial untuk pekerja.

“Kami telah meluaskan perlindungan keselamatan sosial – yang sebelum ini hanya dinikmati warganegara – kepada pekerja asing, menggubal Konvensyen ILO 155 (Pertubuhan Buruh Antarabangsa) mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan selepas 43 tahun, mengurangkan sekatan terdahulu terhadap penubuhan kesatuan sekerja dan memperuntukkan hingga RM10 bilion bagi pelbagai skim berkaitan pendidikan dan latihan,“ katanya.

Beliau berkata lebih ramai wanita menyertai tenaga kerja dan suri rumah turut dilindungi di bawah insurans keselamatan sosial untuk kerja penjagaan di rumah. Buat kali pertama, gaji median melepasi paras RM3,000, menandakan pencapaian besar dalam pertumbuhan gaji di negara ini.

“Ia kemajuan yang sangat penting bagi kami, kerana kebajikan pekerja ialah komponen utama yang tidak boleh dikompromi dalam kerajaan,“ katanya.

Mengulas mengenai konteks pascapandemik, Sim berkata krisis COVID-19 menekankan kepentingan kehidupan dan mata pencarian, dengan prinsip panduan bahawa “tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat”.

“ … Saya ingin mencadangkan supaya pengajaran ini menjadi kerangka perbincangan kita, bahawa kebajikan pekerja tidak boleh dirunding, dan kita hanya boleh berjaya sekiranya kita bekerjasama,“ katanya.

Sim turut berkongsi hasratnya untuk membentangkan Rang Undang-Undang Pekerja Gig pada persidangan Parlimen akan datang, yang bertujuan menyediakan perlindungan lebih baik dan pengiktirafan kepada pekerja dalam ekonomi gig.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke HRDMM di Jeju, yang diadakan buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun. Mesyuarat pertama berlangsung di Vietnam pada 2014.

Mesyuarat menteri ini adalah sebahagian daripada Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang lebih luas dan membawa tema “Kemampanan Pasaran Buruh dan Pekerjaan Masa Depan”.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings