the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS – Liew

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip AI, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Beliau berkata bagaimanapun sekatan berkenaan tidak menjejaskan pembangunan ekosistem pusat data domestik secara keseluruhan.

Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

“Bagaimanapun, sekatan ini tidak akan menjejaskan operasi pusat data yang lain seperti pusat data yang memberi perkhidmatan transaksi, e-dagang dan penyimpanan data kerana mereka tidak menggunakan cip AI atau teknologi AI termaju,“ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai impak terhadap Malaysia untuk menjadi pusat data serantau selepas arahan terbaru AS yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara Tahap 2 berhubung akses terhadap eksport cip AI negara itu.

Sementara itu, Liew berkata kerajaan berhasrat untuk membuka akses pasaran produk semikonduktor kepada negara-negara lain termasuk ASEAN, Timur Tengah dan Amerika Selatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings