the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara

ASTANA: Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pada masa sama, beliau mempelawa syarikat dari Kazakhstan supaya menggunakan Malaysia sebagai pangkalan untuk berkembang di peringkat global, memanfaatkan kedudukan strategik negara sebagai pintu masuk ke Asean.

Beliau berkata Kazakhstan bukan sahaja menjadi rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah selama bertahun-tahun malah juga kedua-dua negara berkongsi nilai dan dedikasi bersama terhadap pembaharuan institusi untuk meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi.

Model baharu ekonomi oleh Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev yang berasaskan prinsip keadilan, terangkum dan pragmatisme menekankan peranan penting sektor pembuatan dalam mencapai ekonomi mampu diri di samping mencerminkan komitmen negara terhadap transformasi sosioekonomi yang ketara dan menyeluruh, katanya.

“Malaysia berminat bekerjasama dengan Kazakhstan dalam usaha anda untuk mentransformasikan ekonomi melalui perkongsian pengalaman kami, kerjasama perindustrian, pelaburan baharu oleh syarikat Malaysia dalam bidang strategik di Kazakhstan serta memperkukuh hubungan perdagangan antara negara kita.

“Pada masa sama, saya akan menggalakkan ketua perniagaan kami untuk meneroka peluang kerjasama sama ada di Kazakhstan atau di Malaysia,” katanya ketika berucap pada sesi Meja Bulat Pelaburan Kazakhstan-Malaysia di sini, pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatan di Kazakhstan Olzhas Bektenov hadir pada sesi itu.

Tengku Zafrul berkata Malaysia dan Kazakhstan telah menubuhkan Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC) manakala JTC terakhir yang dihoskan oleh Malaysia pada 2017 telah bersetuju untuk memudahkan kerjasama yang lebih erat dalam bidang industri halal, kewangan Islam, pelancongan, tenaga boleh baharu, minyak dan gas, serta kerjasama pelaburan.

“Saya menantikan mesyuarat JTC seterusnya untuk menetapkan hala tuju bagi agenda kerjasama kita,” katanya.

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama antara kedua-dua negara.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar serta pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai jumlah penduduk kira-kira 20 juta orang dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.

Negara ini bersempadan dengan Rusia di sebelah utara, Laut Kaspia di bahagian barat daya serta dengan Turkmenistan, Uzbekistan dan Republik Kyrgyz di selatan manakala China di sebelah timur.

Eksport utama Astana ialah minyak, diikuti oleh gas asli dan komoditi lain. Ia juga pengeluar gandum utama.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings