the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
24.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce, di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini.

“Saya dimaklumkan bahawa beliau (Maria Angela) dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk memperkukuh kerjasama pertanian dengan Malaysia, kerana negara kita merupakan rakan dagang terbesar bagi sektor pertanian Filipina di ASEAN,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu, kali pertama sejak Maria Angela mula berkhidmat di Malaysia pada hujung November 2023.

Mohamad berkata beliau juga menjemput Filipina untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024, dari 11 hingga 22 Sept.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings