the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin – PM

MANAMA (Bahrain): Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Malaysia adalah sebuah negara bebas dan berdaulat, serta boleh menyatakan pendirian di mana-mana sahaja.

“Kita punyai pendirian dan ini sudah kita suarakan dengan tegas di merata tempat. Kita bukan memilih untuk memusuhi sesiapa tetapi mana sahaja bentuk kezaliman dan kekejaman, (mereka yang dizalimi) harus kita bela dan perjuangkan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi beliau ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa dan akan berlepas pulang ke ibu negara, 5 petang waktu tempatan.

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan terdapat dakwaan kononnya Anwar dinasihatkan supaya tidak terlalu tegas berhubung isu Hamas dan Israel bagi mengelakkan tindak balas daripada Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri berkata usaha Malaysia membantu pihak terkesan akibat kezaliman bukan perkara baharu malah digerakkan sejak sekian lama termasuk ketika perang Bosnia dan era apartheid di Afrika Selatan.

“Jadi dalam isu Palestin, dibanding dengan semua ini, sudah mengalami kehancuran sedemikian rupa dan sebab itu kita beritahu kepada sahabat kita di negara Teluk, dunia Arab dan Islam, kita harus berikan (bantuan), malah yang kita berikan itu, bagi saya agak terlalu kecil.

“Jadi mungkin dalam beberapa hari ini, apabila ada acara untuk Palestin, saya mahu rakyat bersama memberikan pandangan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kerajaan menghalang beberapa pemimpin asing berjumpa dengan beliau, Anwar berkata perkara itu tidak pernah berlaku.

“Jangan dilayan sangat, sebab pertamanya, pemimpin luar mana nak jumpa dia? Kalau nak jumpa pun apa masalahnya, kalau kawan dia dulu, nak kenal, nak jumpa…tak ada (masalah).

“Yang baru-baru ini pemimpin Thailand, Jepun, Indonesia, Turkiye, tak ada yang minta nak jumpa, kalau minta, tak akan saya nak kata jangan. Jumpalah, apa salahnya?,” kata Anwar.

Anwar berkata dakwaan dibuat Dr Mahathir itu tidak seharusnya dipertimbangkan dan dilayan.

“Hari-hari dia buat dakwaan, saya (Dr Mahathir) mana ada duit, (tapi) anak dia RM1 bilion lebih, itu bukan pertuduhan, itu pengakuan,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, sebelum ini dilaporkan berkata dua anak Dr Mahathir memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings