the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa terakhir bot karam di belaga ditemukan

SIBU: Mangsa terakhir insiden bot karam di Jeram Long Menjawah, Belaga, Ahad lepas ditemukan lemas hari ini kira-kira 18 kilometer dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 8.22 pagi memaklumkan mayat Rhuban Apparoo telah ditemukan oleh orang awam.

“Pasukan bomba bergerak ke lokasi mangsa yang berusia 30 tahun ditemukan iaitu di hilir Rh Kejaman Neh Long Liten, sejauh 18 kilometer dari lokasi bot karam dengan menaiki bot pihak polis untuk mengambil mayat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu mayat Rhuban dibawa ke pangkalan bot Belaga dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Selain pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Belaga, operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga hari ini turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Lembaga Sungai-sungai Sarawak.

Pada Ahad, empat pekerja sebuah syarikat penyelenggaraan Empangan Bakun dikatakan menyewa sebuah bot yang dikemudi oleh seorang penduduk kampung untuk tujuan bersiar-siar namun kira-kira 4.30 petang, bot itu karam akibat arus deras di Jeram Menjawah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings