the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MATRADE anjur Hari Eksport 2024, bantu PMKS lebar sayap ke luar negara

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjalin kerjasama dengan lima kerajaan negeri bagi menganjurkan Hari Eksport 2024 dalam usaha membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan meneroka pasaran ke luar negara.

Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Hari Eksport tahun ini bermula di Melaka dengan program akan berlangsung selama dua hari di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, disusuli beberapa lokasi lain di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak.

Beliau berkata kerjasama strategik itu membuka peluang kepada lebih ramai usahawan tempatan terlibat dengan pasaran eksport, sekali gus dapat memperkenalkan produk dan perkhidmatan berkualiti yang dihasilkan ke pasaran dunia.

“Program Hari Eksport 2024 akan menampilkan beberapa panel bagi membincangkan pelbagai topik termasuk kesediaan mengeksport, peluang eksport di pasaran antarabangsa, eksport secara digital, kemudahan pembiayaan dan insurans eksport, risikan pasaran serta penglibatan dalam promosi eksport secara efektif,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, institusi kewangan, serta organisasi sokongan perniagaan yang terlibat dengan ekosistem eksport di Malaysia akan membuka kaunter informasi bagi mendedahkan usahawan kepada perkhidmatan dan bantuan yang ditawarkan kepada syarikat PMKS, kata Reezal.

Maklumat lanjut mengenai Hari Eksport 2024 boleh didapati di laman web MATRADE www.matrade.gov.my atau di media sosial MATRADEHQ.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings