the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat dipercayai wanita ditemukan di tebing Sungai Kedah

ALOR SETAR: Mayat dipercayai seorang wanita dalam keadaan mereput dan masih lengkap berpakaian ditemukan di tebing Sungai Kedah di kawasan Alor Mengkudu dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata polis dimaklumkan penemuan mayat itu pada 2.35 petang oleh orang awam.

“Pemeriksaan pada mayat menemukan sebuah telefon bimbit di dalam poket seluar mangsa,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siti Nor Salawati berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Polis turut menyiasat kemungkinan penemuan mayat itu berkaitan dengan kes kehilangan seorang wanita sejak 8 Nov lepas, setelah motosikalnya ditemukan di sungai sama, kira-kira 10 kilometer dari lokasi mayat ditemukan.

Beliau berkata waris wanita itu telah dipanggil bagi proses pengecaman dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings