the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai

KOTA BHARU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata bilik gerakan polis telah menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 12.15 tengah hari tadi memaklumkan terdapat sekujur tubuh terapung di sungai berkenaan.

Beliau berkata mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar pendek berwarna hitam.

“Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

“Mayat berkenaan dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra bagi tujuan bedah siasat dan polis akan melakukan siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi Balai Polis Kuala Krai atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings