the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat Mohamad Fayyad Affan ditemui dalam sungai

BALING: Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki Mohamad Fayyad Affan Mohd Fakhri, 4, sejak Jumaat lepas berakhir dengan penemuan mayatnya di dalam Sungai Ketil di sini pada 3.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Baling Supt. Azmi Mokhtar berkata mayat kanak-kanak yang mengalami masalah autisme itu ditemukan kira-kira 500 meter dari tempat dia dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa ditemui oleh anggota keluarga yang membuat carian di tebing sungai berkenaan. Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk proses bedah siasat yang dijadual akan dilaksanakan esok,“ katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak terbabit pada 3.30 petang tadi.

“Anggota ditugaskan ke lokasi telah mengangkat dan membawa mangsa ke darat. Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.52 petang tadi,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya pasukan bomba turut membuat pencarian dan pemantauan sejak pagi tadi hingga tengah hari di kawasan sekitar namun tidak menemui mangsa.

“Kira-kira lapan individu termasuk bapa saudara serta waris mangsa menyambung pencarian dan menemui mayat mangsa di dalam sungai,“ katanya.

Mohamad Fayyad Affan dilaporkan hilang pada Jumaat setelah keluar dari rumahnya di Kuarters JPS Kampung Landak Paya, Kupang dekat sini, kira-kira 2.30 petang.

Difahamkan, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berjalan keluar dari kawasan rumahnya dan menghala ke jalan kampung.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings