the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MBPP roboh 11 struktur binaan tanpa kebenaran termasuk gerai warga asing

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan 11 struktur binaan tanpa kebenaran termasuk gerai makanan yang dikendalikan warga asing di siar kaki, dalam Operasi Bersepadu Penguatkuasaan dan Perobohan Struktur Binaan Tanpa Kebenaran di kawasan Barat Daya, dekat sini semalam.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil tindakan tersebut kerana 11 struktur binaan tanpa kebenaran itu, tidak mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Pegawai Jabatan Penguatkuasaan MBPP telah bertindak memotong besi dan merobohkan struktur binaan serta bumbung, manakala sebuah jentera pengkaut ditugaskan untuk menyempurnakan perobohan struktur.

“Kerja-kerja pembersihan tapak serpihan bahan binaan telah dilaksanakan segera oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Perbandaran bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan keselamatan orang awam,” menurut MBPP menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan tindakan perobohan tersebut merupakan tindakan tegas MBPP terhadap isu perniagaan yang dijalankan oleh warga asing dan tidak berlesen, serta struktur binaan tanpa kebenaran pada siar kaki awam yang mengakibatkan halangan kepada laluan pejalan kaki dan lalu lintas.

MBPP memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan kawalan keselamatan dan lalu lintas di kawasan sekitar tiga lokasi berbeza dalam operasi perobohan tersebut.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memeriksa serta melaksanakan pemotongan bekalan elektrik sementara Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) pula melaksanakan pemeriksaan saluran bekalan air,” menurut hantaran itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings