the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mesej jelas dan tegas PM tidak benarkan mana-mana pihak pecah belah rakyat – Fahmi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan satu mesej yang jelas dan tegas bahawa kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak cuba mengadu domba sehingga memecahbelahkan rakyat untuk memperoleh pengaruh, mendapat habuan serta kuasa.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata peringatan itu, yang disampaikan pada majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024, turut menekankan bahawa semangat perpaduan adalah amat penting dan tidak boleh dipandang remeh.

Justeru itu, beliau berkata seluruh rakyat Malaysia harus berusaha memastikan kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajah tetapi mengisi kemerdekaan itu sendiri supaya jiwa benar-benar merdeka.

“Pada masa sama, ada peringatan mengenai isu bagaimana kita tidak boleh membenarkan dan membiarkan mana-mana pihak cuba mengadu domba dan memecahbelahkan rakyat hanya untuk memperoleh pengaruh dan mendapat habuan serta kekuasaan yang merosakkan perpaduan sedia ada,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Fahmi berkata Perdana Menteri juga menegaskan tentang pengkhianatan yang terjadi sehingga Malaysia kehilangan Batu Puteh dan perbahasan terbuka akan dibawa ke Parlimen ajar menjadi pengajaran kepada anak bangsa supaya tidak mengorbankan kepentingan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2024 itu turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan pada sambutan kemuncak yang berlangsung esok bermula 8 pagi dengan tema sambutan tahun ini ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.’

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata ucapan Perdana Menteri bertepatan bagi mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan antara kaum.

Beliau berkata peringatan tegas Perdana Menteri kepada semua pihak walaupun kelompok kecil supaya jangan melampau dalam menyatakan dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan keharmonian dalam kalangan rakyat.

“Perpaduan dan keharmonian… kita duduk bersama dan fokus kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat. Sudah 67 tahun negara terbina dan ia harus dikekalkan dengan usaha meningkatkan lagi perpaduan agar kejayaan yang lebih baik dicapai,“ katanya.

Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju itu dihadiri 7,000 orang termasuk Menteri Kabinet, penjawat awam, jentera perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga, ahli Sekretariat Rukun Negara, ahli Kelab Rukun Negara, pertubuhan bukan kerajaan, agensi swasta dan orang awam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings