the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MHRS pacu infrastruktur mobiliti hidrogen – Chang

PUTRAJAYA: Malaysia mengambil langkah signifikan ke arah masa depan tenaga bersih dengan memperkenalkan Projek Pembangunan Stesen Pengisian Hidrogen Mudah Alih (MHRS), yang berfungsi sebagai pemacu inovasi dalam sektor mobiliti berasaskan hidrogen.

Projek rintis pertama sektor mobiliti hidrogen di Semenanjung Malaysia, MHRS yang menelan kos RM15 juta, terletak di Presint 2 di sini dan mampu membekalkan hingga 50 kilogram hidrogen sehari menerusi stesen berskala kecil itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata MHRS bukan sahaja memacu penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi hidrogen dan sel bahan api, tetapi juga menyokong sasaran negara untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

“Buat masa ini tiada penggunaan kenderaan hidrogen di Malaysia, namun kita ada pembekal kenderaan hidrogen (FCEV). Infrastruktur asas bagi pengisian hidrogen dalam FCEV perlu disediakan bagi mempercepat penggunaan hidrogen sebagai bahan api dalam sektor pengangkutan dan mobiliti,“ katanya dalam sidang media selepas melancarkan MHRS di sini hari ini.

Projek itu mendapat sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) dan NanoMalaysia Berhad (NMB) dengan kerjasama PETRONAS Technology Ventures Sdn Bhd (PTVSB), Sime UMW, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

NMB, sebagai pentadbir aset yang mewakili MOSTI, bertindak sebagai pengendali stesen MHRS dan tapak ujian untuk teknologi baharu bagi meneroka peluang komersial jangka panjang.

PTVSB membekalkan hidrogen dan menyelia kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan stesen (EPCC) manakala Sime UMW dan UMWT menyumbangkan tiga kenderaan berkuasa hidrogen Toyota Mirai serta menyediakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan.

Mengulas lanjut, Chang berkata MHRS berperanan mendidik masyarakat mengenai status semasa teknologi hidrogen dan menunjukkan bahawa hidrogen kini boleh digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan.

“Namun, kita perlu mewujudkan ekosistem dahulu kerana kita bermula dari awal … kita tidak mempunyai pengguna dan bekalan, tetapi kita sasarkan menjelang 2030 sudah ada kenderaan FCEV di jalan raya Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif NMB Dr Rezal Khairi Ahmad dalam ucapannya berkata MHRS bukan sahaja menjadi pemangkin kepada infrastruktur tenaga bersih, tetapi juga membuka laluan baharu untuk pelaburan dan inovasi serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab teknologi hidrogen serantau.

“Di bawah kepimpinan MOSTI, NMB akan terus memanfaatkan potensi MHRS sepenuhnya dengan kerjasama erat bersama pihak berkuasa tempatan, pihak berkepentingan dan pemain industri untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat permulaan kepada transformasi mobiliti berkuasa hidrogen negara,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings