the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mohamad Salim Fateh Din dilantik Pengerusi LPPR SPRM

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu bagi sesi 2025-2028 berkuat kuasa 2 Feb lepas.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun sehingga 1 Feb 2028, menurut maklumat di laman web SPRM.

Pemakluman pelantikan itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam satu pertemuan dengan Mohamad Salim di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Rasidah Abdul Karim.

Menurut SPRM, pelantikan Mohamad Salim adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Peranan utama LPPR adalah menasihati SPRM berhubung strategi, dasar dan apa-apa perkara berkaitan masalah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik sebagai anggota ex-officio sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2)(b) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings