the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB – Saksi

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (CCID) R Rajagopal berkata ia adalah kerana sebarang keputusan yang mempunyai implikasi besar terhadap ekonomi negara perlu dirujuk kepada Najib dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

Saksi pembelaan ke-11 itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.

Muhammad Shafee: Apa yang berlaku sekiranya beliau (Najib) menolak keputusan itu?

Rajagopal: Berdasarkan Memorandum dan Artikel Penubuhan (M&A) 1MDB, apa-apa perkara yang memberi implikasi kepada negara perlu dibawa kepada Perdana Menteri (Najib) untuk kelulusan atau perkenan beliau. Sekiranya beliau menolak, perkara itu perlu dikembalikan kepada Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham 1MDB. Mereka perlu memberikan justifikasi kepada pemegang saham mengapa kelulusan itu diperlukan.

Sepanjang perbicaraan berlangsung, mahkamah dimaklumkan bahawa Najib memegang tiga peranan utama dalam dana kekayaan negara itu, iaitu sebagai pemegang saham tunggal dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan (kerana 1MDB) adalah syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan), Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB (BOA) dan Perdana Menteri ketika itu.

Ketika disoal lanjut, Rajagopal berkata sepanjang siasatan selama beberapa tahun berkaitan 1MDB, tiada bukti langsung yang menunjukkan Najib telah mengarahkan dana daripada syarikat itu dipindahkan bagi kegunaan peribadinya.

Bekas pegawai polis itu berkata beliau tidak mendapat bukti langsung menunjukkan Najib bertindak mengarahkan ke mana dana itu perlu disalurkan, namun beliau menjelaskan bahawa berdasarkan M&A syarikat, sebarang urusan transaksi perlu diputuskan oleh Lembaga Pengarah dan mendapat kelulusan daripada pemegang saham.

Rajagopal berkata sepanjang menjalankan siasatan yang diambil alihnya pada September 2015, beliau dan pasukannya tidak menerima sebarang arahan untuk menangguhkan atau menyekat siasatan terhadap 1MDB.

Muhammad Shafee: Sepanjang Datuk Seri Najib memegang jawatan, adakah anda atau pasukan anda menerima arahan untuk menangguhkan atau menyekat siasatan?

Rajagopal: Setahu saya, tiada.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, sedang membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings