the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi pencarian Sabari meliputi keluasan 13 km Sungai Padang Terap

JITRA: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang disyaki dicampak dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup pita pelekat ke Sungai Padang Terap dekat sini, diteruskan pagi ini.

Berdasarkan pemerhatian Bernama di lokasi, radius pencarian hari ketiga meliputi 13 kilometer sepanjang sungai terbabit bermula dari Jambatan Lubuk Batu ke Jambatan Kepala Batas dekat sini.

Operasi melibatkan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam, bermula 10 pagi tadi.

Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, bersama ahli keluarga dan kenalan turut berada di lokasi pencarian di Jambatan Lubuk Batu.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh sebelum ini mengesahkan penahanan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun, Jumaat lepas bagi membantu siasatan kes kehilangan Sabari.

Media sebelum ini melaporkan Sabari hilang sejak 4 Sept lepas dan kereta Proton Waja dinaikinya kemudian ditemukan hangus di Belantik, Sik.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings