the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman

BUTTERWORTH: Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.

JPJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat lokasi terbabit adalah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Bagan Ajam dan Plaza Tol Jambatan Kedua di Seberang Perai serta Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di bahagian pulau.

Menurut JPJ Pulau Pinang penguatkuasaan itu dijalankan Unit Operasi JPJ negeri bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri bermula 4 petang hingga 5 pagi bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

“Hasil operasi JPJ telah mengeluarkan 442 saman atas pelbagai kesalahan antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsurans dan mempamer nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tidak mempamer pelekat P, tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu JPJ mengingatkan penunggang atau pemilik motosikal agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan atau tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.

Penunggang dan pembonceng motosikal juga diingatkan supaya menunggang dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings