KARACHI: Pakistan dan Afghanistan telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 48 jam selepas pertempuran di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
Kementerian Luar Pakistan mengesahkan gencatan senjata itu berkuat kuasa pada pukul 6 petang waktu tempatan.
Kedua-dua pihak berjanji akan berusaha dengan ikhlas untuk menyelesaikan isu rumit tetapi boleh diselesaikan melalui rundingan membina.
Jurucakap pentadbiran sementara Afghanistan Zabihullah Mujahid turut mengesahkan persetujuan gencatan senjata dengan Islamabad.
Mujahid menegaskan Kabul telah mengarahkan semua tenteranya mematuhi gencatan senjata kecuali berlaku sebarang pencerobohan.
Ini merupakan gencatan senjata kedua sejak hujung minggu lalu selepas pertempuran pada malam Sabtu.
Permusuhan sebelumnya dihentikan berikutan usaha pengantaraan Qatar dan Arab Saudi. – Bernama-Anadolu