the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pangkat Datuk, Tan Sri bukan untuk dibeli – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan bukan untuk dibeli atau dilobi, sebaliknya hanya diberikan kepada individu yang benar-benar layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara.

Sultan Ibrahim bertitah walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, Seri Paduka Baginda tetap akan menilai semula setiap calon yang dicadangkan.

“Mengikut telek pandang saya, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan. Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun, ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan.

“Pangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah, bantu orang miskin yang memerlukan,” titah Seri Paduka Baginda.

Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong bertitah penerima yang berjaya pada hari ini seharusnya menghargai dan berbangga dengan anugerah yang dikurniaka

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara di sini hari ini.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Menteri Kabinet.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh negara atas ucapan tahniah serta doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah Seri Paduka Baginda dalam menjalankan tugas dan amanah sebagai Ketua Negara.

“Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan semua acara sempena sambutan Hari Keputeraan saya pada tahun ini.

“Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga negara Malaysia tercinta ini sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati, kekal aman, maju dan makmur,” titah Seri Paduka Baginda.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories