Your Title

KOTA BHARU: Paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih ditahap berjaga-jaga namun menunjukkan trend meningkat kepada 7.66 meter setakat 9 malam ini berbanding 7.38 meter tengah hari tadi.

Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan kedudukan itu melebihi paras berjaga-jaga 7.0 meter.

Selain itu, Sungai Kelantan di Kampung Sokor Tanah Merah telah kembali kepada paras normal berbanding sebelum ini di paras berjaga-jaga.

Semua sungai utama lain dicatatkan berada pada paras normal.