the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Undang-undang AI perlu disegerakan untuk halang jenayah penipuan

SHAH ALAM: Undang-Undang khusus untuk kecerdasan buatan (AI) perlu disegerakan susulan impak negatif teknologi itu yang dilihat semakin menular terutama membabitkan jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Ugak berkata beliau difahamkan bagi tempoh 2020 hingga 2024, jenayah itu telah mengakibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM5 bilion di seluruh dunia.

“Saya juga menjangkakan undang-undang AI ini mungkin dapat diangkat pada tahun ini supaya kita dapat mengetatkan kawalan dan menggariskan hukuman bersesuaian terhadap mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan teknologi ini,“ katanya kepada pemberita pada Majlis Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai penyalahgunaan teknologi AI termasuk membabitkan pegawai tinggi kerajaan seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar.

Acryl Sani dan Kumar sebelum ini menafikan muncul dalam video tular di laman sosial memaparkan individu menyerupai mereka menerima bantuan daripada seorang Datuk.

Ugak berkata menyedari perkara itu, pihaknya kini giat menjalankan kempen kesedaran menerusi Jelajah Malaysia Digital di seluruh negara untuk mendekati dan mendidik masyarakat terutama di luar bandar agar tidak menjadi mangsa jenayah penipuan.

“Saya sendiri telah ke Sabah, ke pedalaman Kapit, Sarawak dan Pulau Pinang untuk memberi kesedaran kepada orang-orang kampung berkenaan modus operandi serta taktik terkini penjenayah ini,“ katanya.

Sebelum ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata laporan penuh berkaitan cadangan peraturan dan kemungkinan penggubalan undang-undang khusus untuk AI akan dibawa ke peringkat Kementerian Digital pada akhir bulan Jun 2025.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings