the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Parti gesa kaji semula Akta Lompat Parti harus pinda perlembagaan masing-masing: Rafizi

KUALA LUMPUR: Parti politik yang menggesa Akta Lompat Parti dikaji semula atas dakwaan wujud beberapa kelemahan sepatutnya meminda perlembagaan masing-masing, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, semakan semula akta berkenaan tidak dibincangkan oleh Jemaah Menteri.

Pada 9 Nov lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kajian itu perlu dibuat kerana akta tersebut ada beberapa kelemahan susulan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata perbincangan dan persetujuan terhadap undang-undang anti lompat sebenarnya melalui proses berbulan-bulan dan ini adalah kompromi terbaik dicapai oleh semua parti.

“Bagi saya, titik kelemahan berlaku kerana parti seperti Bersatu, tidak seperti parti dalam Pakatan Harapan (PH), tidak meminda perlembagaan parti mereka yang menyatakan bahawa jika mana-mana Ahli Parlimen membelakangkan keputusan parti itu dianggap sebagai peletakan jawatan dari parti.

“Jika perkara ini berlaku dalam PH, itu bukan masalah, kerana perlembagaan masing-masing parti sudah menangani kelemahan tersebut semasa perundingan dua tahun terakhir menjelang tarikh draf,” katanya pada sidang media di Asia Business School di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berhubung desakan supaya akta itu dikaji semula. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings