Saturday, November 8, 2025
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pekerja kedai pakaian ditahan curi wang jualan guna kod QR

The Sun Webdesk

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kedai pakaian telah ditahan kerana disyaki mencuri wang hasil jualan perniagaan majikannya dengan cara meminta pelanggan membuat bayaran menggunakan kod QR akaun bank peribadinya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail mengesahkan wanita tempatan berumur 30 tahun itu ditahan pada Khamis lepas.

Beliau berkata suspek dipercayai telah melakukan kegiatan jenayah ini sejak sebulan yang lalu.

Polis menahan suspek tersebut di Taman Cemerlang, Gombak pada kira-kira 3.55 petang.

Mohd Azam menyatakan suspek dipercayai telah mencuri sebanyak RM2,140 daripada majikannya.

Kegiatan penyelewengan itu terbongkar selepas pemilik perniagaan iaitu seorang wanita berusia 46 tahun menyedari ketidaksesuaian dalam penyata perniagaan.

Pemilik perniagaan tersebut telah membuat laporan polis pada 6 Oktober lepas setelah mengesan penyelewengan.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit serta sekeping kad bank bagi membantu siasatan kes ini.

Mohd Azam mendedahkan suspek mempunyai satu rekod jenayah sebelum ini.

Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Henry Moodie’s debut album Mood Swings paints spectrum of emotions

British singer-songwriter Henry Moodie reflects on growth, love and self-discovery in his debut album *Mood Swings*, blending heartfelt lyricism with upbeat sounds that capture the highs and lows of his early twenties.

‘Ranong Port’ — Thailand’s Gateway to BIMSTEC

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 6 November 2025 - Ranong Port, under the supervision of the Port Authority of Thailand (PAT), is stepping into a new and significant role in advancing Thailand's economy and trade.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img